Satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah tumpas dengan penahanan 11 individu selain 141.4 kilogram pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM8.07 juta dirampas sekitar Lembah Klang, pada Jumaat lepas.<br /><br />Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kesemua mereka yang ditahan dalam lima serbuan itu berusia 22 hingga 38 tahun .<br /><br />Mereka terdiri daripada sembilan lelaki tempatan serta seorang lelaki dan wanita warga asing.
